Mangsa ombak besar dibantu kerajaan negeri

webmaster

PENGKALAN CHEPA: Mangsa ombak besar di Kampung Pulau Kundur dekat sini menerima sumbangan kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

PKINK merupakan agensi pertama yang menghulur sumbangan kepada mangsa terbabit.

Pegawai Perhubungan Awam Pusat Kawalan Bantuan Bencana Kumpulan PKINK, Mohd Rozi Mohd Noor berkata, sebanyak 14 keluarga yang terjejas akibat fenomena air pasang besar diberi bantuan segera.

Katanya, setiap keluarga menerima bantuan keperluan harian dan kelengkapan lain.

“PKINK sentiasa mendahului bagi menjaga keperluan rakyat yang ditimpa bencana. Awal tahun lepas kami menghulur bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan selatan,” katanya.

Setiausaha Dun Kijang Muhammad Sulaiman berkata, PKINK merupakan agensi kerajaan yang pertama turun padang membantu mangsa air pasang besar di Pulau Kundur.

mumtaz ributOleh itu, beliau mengucap terima kasih kepada kumpulan PKINK yang menghulurkan sumbangan kepada mangsa air pasang besar tersebut.

Manakala semalam anggota Exco dan Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar turut melawat rumah penduduk yang terjejas ekoran ombak besar di kampung tersebut.

Mumtaz juga turut menghulur sumbangan kepada mangsa ombak besar yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kundur. – HARAKAHDAILY 28/1/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Pasar Besar Siti Khadijah; Masalah sedang diatasi

KOTA  BHARU – Masalah bumbung panas yang dihadapi peniaga sayur di ruang legar Pasar Besar Siti Khadijah hampir sebulan lalu sedang diatasi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin bagi memastikan urus niaga di pasar tersebut […]

Subscribe US Now