Pasar Besar Siti Khadijah; Masalah sedang diatasi

KOTA  BHARU – Masalah bumbung panas yang dihadapi peniaga sayur di ruang legar Pasar Besar Siti Khadijah hampir sebulan lalu sedang diatasi.

YB.Dato_Ab._FattahPengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, pihaknya akan berusaha menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin bagi memastikan urus niaga di pasar tersebut dapat berjalan seperti biasa.

“Kita ada terima maklumat mengatakan bumbung yang digunakan sebelum ini agak panas, dan sekarang dalam proses mengatasi masalah tersebut.

“Pemasangan tinted sedang dilakukan agar dapat menapis cahaya,” katanya kepada media mengulas aduan peniaga pasar itu mengenai tahap kepanasan yang menyebabkan sayur- sayuran dijual layu dan garing.

Abdul Fattah berkata, pihaknya juga sedang mengatasi masalah tiris dan beberapa aduan lain dalam usaha memberikan kemudahan yang selesa kepada peniaga dan orang ramai.

Sinar Harian baru-baru ini melaporkan kekecewaan peniaga Pasar Besar Siti Khadijah berikutan bahang panas yang didakwa berpunca daripada bumbung baru hingga menyebabkan sayuran dijual rosak.

Berikutan itu, sebahagian besar peniaga terpaksa mengambil inisiatif sendiri dengan menggunakan payung sebagai langkah mengatasi masalah itu.

(Visited 35 times, 1 visits today)

Add Comment