Ab Aziz Yunus, ketua Eksekutif PKINK yang baru

webmaster

KENYATAAN MEDIA

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) hari ini mengumumkan pelantikan Tuan Haji Ab Aziz Yunus sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan berkuat kuasa 1 Ogos 2018.

Ab Aziz (58) menggantikan Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail yang telah tamat kontrak pada 31 Julai lalu. Beliau akan menerajui PKINK dalam segala urusan berkaitan pentadbiran dan kewangan Perbadanan termasuk penyelenggaraan dan pengesanan aktiviti-aktiviti syarikat anak. Beliau turut bertanggungjawab memantau hala tuju strategik dan meneroka kerjasama dengan sasaran mengukuhkan peranan PKINK sebagai peneraju utama ekonomi negeri Kelantan.

Dengan peranan itu, beliau berada dalam kedudukan yang selesa untuk memacu kumpulan ke arah menghasilkan pertumbuhan kukuh yang dijangka akan dicapai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sejajar itu, beliau akan memainkan peranan penting dalam mengembangkan fungsi PKINK sebagai peneraju pembangunan ekonomi negeri Kelantan.

Pengalaman korporat Aziz diraih daripada mengetuai beberapa portfolio penting dalam pelbagai syarikat berkaitan kerajaan dan firma penasihat korporat. Selain itu, beliau turut berpengalaman dalam menerajui sektor kerajaan negeri dan persekutuan.

Ab Aziz menyertai Kumpulan PKINK sebagai Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) pada tahun 2014 sebelum dilantik pada 1 April 2018 sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah pertama Urusetia Belia Dan Sukan (U-BeS) negeri Kelantan dari 2005 hingga 2013.

Terdahulu, beliau membuka firma penasihat korporat selepas meletak jawatan sebagai pegawai perancangan korporat di PROTON Holdings Berhad. Beliau berkhidmat di PROTON bermula dari 1990 hingga 2000 dan sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Kewangan (MOF) dari 1986 hingga 1990.

Aziz memiliki pengetahuan mantap mengenai tugasan membabitkan sektor korporat selain turut menjadi penyumbang utama dalam menggubal dasar berkaitan pembangunan wanita dan belia dan pencegahan gejala sosial di negeri ini.

Beliau turut menerajui pasukan yang bertanggungjawab membuat dasar keluarga mawaddah, cuti kematian suami, sukan patuh syariah dan Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) dan lain-lain dasar yang menjadi ikutan pemerintah persekutuan sekarang.

Aziz memegang ijazah Kelas Pertama dalam Ekonomi dan Pentadbiran daripada Universiti Malaya dan Diploma Siswazah Syariah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

https://www.facebook.com/sedckelantan/posts/1809780585766931

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Solidariti buat Dr Ilyani

PUAN Dr Nur Ilyani Mohamed Nawawi, seorang doktor perubatan telah menyuarakan prinsip tegasnya mempersoalkan hak-hak yang dikatakan dituntut oleh golongan LGBT dalam satu surat terbuka dituju kepada Cik Puan Marina Mahathir. Kelantangan ini menggusarkan pihak-pihak tertentu sehingga tindakan beliau telah diadu kepada Biro Pengaduan Awam menggesa agar beliau dikenakan tindakan tatatertib […]

Subscribe US Now