Abaikan PPSMI, Selesaikan UEC

webmaster

YAB Perdana Menteri harus membuka semula kertas kabinet tahun 2009 yang telah membuat keputusan muktamad untuk memansuhkan PPSMI. Saya sangat yakin keputusan kerajaan pada waktu itu adalah berasaskan kajian, pandangan awam dan juga dibahaskan di Dewan Rakyat. Keputusan tersebut adalah demi masa depan anak bangsa dan kemajuan negara.

Sekiranya YAB Perdana Menteri ingin mengembalikan semula dasar PPSMI, maka perlu disokong dengan dapatan kajian baharu bagi mengelakkan ‘flip flop policy’ yang akhirnya membantutkan perkembangan hala tuju pendidikan negara. Sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, banyak isu berbangkit dalam sektor pendidikan gagal diselesaikan sehingga kemuncak perletakan jawatan menteri awal tahun lalu.

Saya berpendapat dasar PPSMI tidak perlu dibangkitkan sekarang sebaliknya fokus kepada desakan DAP yang mengugut untuk meninggalkan kerajaan sekiranya tidak mengiktiraf UEC. Isu UEC jelas bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan merobek keharmonian kaum. Tambahan lagi, keputusan untuk memperkenal tulisan jawi tiga muka surat masih dibantah keras oleh Dong Zong sehingga hari ini.

Lebih mengeruhkan keadaan cadangan Pemangku Menteri Pendidikan yang juga YAB Perdana Menteri telah ditolak oleh komponen Pakatan Harapan. Ia menunjukkan isyarat jelas Pakatan Harapan tidak ‘solid’ untuk mengemudi negara ke arah yang lebih baik. Jika ini berlaku maka kestabilan negara akan tergugat.

Sekian, terima kasih.

AHMAD MARZUK BIN SHAARY
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
8 Jamadil Akhir 1441 | 2 Februari 2020

Sumber: https://www.facebook.com/ybustazmarzuk/posts/851919931913577:0

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

TIGA STRATEGI UTAMA PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI KELANTAN

oleh Norzana Razaly KOTA DARULNAIM – Tiga strategi utama digarisbawahkan Kerajaan Negeri Kelantan bagi menjayakan pengurusan sisa pepejal termasuk sampah domestik. Ia mampu menjimatkan kos dan meningkatkan kecekapan pengurusan sampah dan kos operasi tapak pelupusan yang meningkat sepanjang tahun. Silakan share jika bermanfaat....Facebook0TwitterPrint

Subscribe US Now