Abang Long Fadhil di Kelantan Jumaat ini

webmaster

nikamar02KOTA BHARU: Penampilan khas ikon anak muda zaman kini Abang Long Fadhil bakal berkongsi penghijrahannya sempena majlis ulang tahun kerajaan Kelantan ke-26.

Warga Singapura itu akan memenuhi slot berkenaan pada Jumaat 21 Oktober ini di Dewan Ilmu selepas majlis solat hajat pada pagi itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Amar Abdullah berkata, kerajaan negeri bersetuju menjemputnya memandangkan dia menjadi tarikan anak muda zaman ini.

Katanya, Abang Long Fadhil digelar ikon anak muda berhijrah.“Kita berharap  penampilannya dapat menarik perhatian anak muda dan menjadi ikutan golongan itu di luar sana untuk turut berhijrah,” beliau berkata demikian selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim..

Beliau seterusnya berkata, bagaimanapun sambutan itu bermula esok di peringkat kerajaan bermula pukul 8.30 pagi di Dewan Teratai Kota Darulnaim.

Jelasnya, ia akan disambut oleh warga kerja Kota Darulnaim pelbagai peringkat.

“Menteri Besar akan menyampaikan amanah kepada semua pegawai kerajaan dan warga Kota Darulnaim,”ujarnya.

Pada malamnya pula, kata Amar lagi akan diadakan ceramah oleh pimpinan kerajaan negeri dan parti di Medan Ilmu Kota Bharu.

Katanya pada hari Jumaat 21 Oktober keesokkan harinya sambutan akan diadakan di Medan Ilmu.

Menurutnya, majlis bermula dengan solat hajat, ceramah oleh beberapa orang jemputan khas termasuk Abang Long Fadhil.

“Selepas itu orang ramai berpeluang menikmati jamuan rakyat sehingga pukul 12.00 tengahari,”ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 19/10/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kerajaan BN tidak bercadang henti GST ketika ini

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan II Datuk Abdul Ghani Johari menegaskan kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini. Abdul Ghani juga menjelaskan langkah kerajaan mengenakan GST yang lebih cekap berbanding SST, khusus kepada mereka yang melarikan diri daripada dikenakan cukai. Abdul Ghani berkata demikian ketika […]

Subscribe US Now