Abdullah Ya’kub kekal Speaker Dun Kelantan

KOTA BHARU: Dato’ Abdullah Ya’kob sekali lagi dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun) bagi penggal ke-14.

Pelantikannya dicadang Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub dan disokong Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.

Abdullah mengangkat sumpah menerima jawatan itu pada jam 9.06 pagi tadi.

Sejurus itu Menteri Besar memakaikan jubah Speaker Dun kepada Abdullah dengan disaksikan ahli-ahli dewan.

Manakala Adun Bukit Panau, Dato’ Abdul Fattah Mahmood pula dilantik Timbalan Speaker. Pada penggal lepas jawatan itu disandang Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, kini Anggota Parlimen Kuala Krai.

Nama Abdul Fattah dicadang Menteri Besar dan disokong timbalannya.

Abdullah ketika mengulas berhubung pelantikan itu mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan sehingga sekali lagi dilantik memegang jawatan berkenaan.

“InsyaAllah saya akan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin mengikut keupayaan yang ada pada saya,” ujarnya.

Manakala pada perkembangan berkaitan Ustaz Ahmad yang juga Adun Pasir Pekan mendahului mengangkat sumpah sebagai Adun.

Kemudian diikuti Mohd Amar yang juga Adun Panchor. Seramai 43 lagi Adun lagi termasuk lapan Adun BN turut mengangkat sumpah.

Kesemua Adun mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun. Majlis berkenaan diadakan di Dewan Undangan Negeri. – HARAKAHDAILY 28/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment