Ada cadangan naik taraf stadium?

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari meminta penjelasan daripada Kementerian Belia dan Sukan berkenaan dengan isu Stadium Sultan Muhammad IV yang dibina pada tahun 1965.

“Padang di stadium tersebut mungkin adalah padang yang tertua di Malaysia dan juga tertua di benua Asia. Adakah pihak kementerian mempunyai rancangan untuk menaik taraf stadium di Kota Bharu.

“Menteri Belia dan Sukan juga pernah menyatakan hasrat untuk melakukan sesuatu kepada stadium tersebut dan mungkin memberi peruntukan untuk membina stadium yang baru bagi negeri Kelantan,” tambahnya semasa membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut beliau, dalam butiran 030200 (Emolumen Kakitangan Kontrak), KBS telah menambah peruntukan daripada RM1 juta kepada RM18 juta bagi tahun 2019. Dalam butiran 030600 (Emolumen Kakitangan Kontrak) daripada RM84 juta kepada kosong pada tahun 2019.

“Saya ingin meminta penjelasan terperinci di sebalik perubahan mendadak bagi angka-angka ini. Walaupun kita tahu bahawa kakitangan kontrak yang tidak disambung itu daripada butiran PLKN.

“Saya ingin tahu setakat manakah siasatan yang dijalankan ke atas KBS mengenai skandal rasuah sebelum PRU14 yang melibatkan seorang pegawai kanan KBS. Kita dimaklumkan bahawa gred M54 dan jumlah yang terlibat sebanyak RM100 juta,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 5/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8985-ada-cadangan-naik-taraf-stadium

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mengambil Langkah Berhati-Hati Dan Waspada Pada Musim Tengkujuh

1. Kebiasaannya pada setiap hujung tahun merupakan musim tengkujuh di Negeri Kelantan. Melihat kepada keadaan cuaca dan hujan yang sentiasa turun dalam seminggu ini, saya berpesan kepada seluruh rakyat Negeri Kelantan agar bersedia dan berwaspada bagi menghadapi kemungkinan banjir yang akan melanda terutamanya mereka yang terlibat dengan kawasan berisiko banjir. […]

Subscribe US Now