Ada Orang Asal miliki KP Perak ditahan di sekatan balak

webmaster

blockt1GUA MUSANG: Seramai 47 Orang Asal direman ekoran membina sekatan laluan lori balak di Pos Bihai dan Pos Tohoi, di mana ia bertentangan dengan Akta Perhutanan Negara 1984.

Ada Orang Asal yang ditahan dalam operasi tersebut memiliki kad pengenalan kelahiran negeri Perak.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan (Operasi), Radhi Chu Abdullah berkata, mereka yang terlibat dibawa ke Mahkamah Seksyen Gua Musang.

“Mereka diambil tindakan di bawah kesalahan Seksyen 32 dan Seksyen 47 serta Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya selepas operasi meroboh sekatan tersebut hari ini.Operasi merobohkan blockade dan pondok dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri turut dibantu 62 anggota dan sembilan pegawai polis.

Jika disabit kesalahan mereka yang menduduki kawasan hutan simpan kekal tanpa permit boleh didenda sebanyak RM50,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Suprintendan Yap Sow Sing menganggap operasi tersebut sebagai berjaya menepati sasaran.

Menurutnya, objektif operasi berkenaan hanya bertujuan meruntuhkan blockade dan bangunan selain memberi keselamatan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan.

“Hanya beberapa orang sahaja yang bawa senjata, kalau kita mengikut SOP apabila kita beruniform menjalankan tugas kita kena dilengkapkan senjata.

“Tetapi oleh kerana kita buat penilaian yang mereka (Orang Asal) tidak melawan dan tugas kita memberi jaminan keselamatan Jabatan Perhutanan,” katanya.

Radhi juga berkata bagi memastikan Orang Asal tidak lagi membina sekatan pihaknya akan membuat rondaan kerana ia membabitkan kawasan hutan simpan kekal.

Kata beliau juga aktiviti pembalakan diteruskan semula atau tidak, itu diserahkan kepada kerajaan negeri.

Menurutnya juga Orang Asal tidak boleh mengadakan sekatan dalam hutan simpan kekal kerana kawasan itu berada di bawah pegawasan Jabatan Perhutanan selaras Akta Perhutanan Negara 1984. –HARAKAHDAILY 29/11/2016

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu ‘blockade’ jadi mainan politik

KOTA BHARU: Selain Orang Asal termasuk dari luar Kelantan yang dikenal pasti dalang sekatan laluan lori balak, pemimpin politik juga mengambil kesempatan mahu menjuarai isu tersebut. Begitu juga aktivis parti sosialis, Parti Amanah Negara (PAN) dan sebuah NGO alam sekitar menyebar di laman sosial mereka mendesak Orang Asal yang ditahan […]

Subscribe US Now