ADAKAH BERCADANG LARANG JUAL ROKOK ELEKTRONIK?

webmaster

OLEH NAZIHAH KHAN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary meminta Menteri Kesihatan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menguatkuasakan larangan penjualan rokok elektronik dan vape secara menyeluruh.

Beliau turut mempersoalkan adakah kerajaan bercadang untuk membendung jualan bahan tersebut terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah memandangkan bahaya bahan itu daripada aspek kesihatan.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Selain daripada akta dan kajian untuk mewujudkan akta-akta baru, apakah perancangan kementerian untuk memperluaskan kempen anti vape ini.

“Hal ini kerana kita tahu masyarakat sudah tersalah anggap sehingga berhenti merokok dan berbangga dengan menghisap vape,” katanya.

Selain itu beliau mempersoalkan apakah kandungan sebenar cecair yang terdapat di dalam vape selain daripada nikotin dan juga bahan-bahan terlarang seperti yang sedia maklum.

Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rokok elektronik atau vape yang menggunakan cecair bernikotin telah dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Di bawah akta ini, sebarang persediaan yang mengandungi nikotin termasuk cecair rokok elektronik adalah dilarang penjualannya kecuali oleh farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

“Mana-mana yang menjual sebarang persediaan yang mengandungi nikotin termasuk cecair rokok elektronik bernikotin boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 14/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13575-adakah-bercadang-larang-jual-rokok-elektronik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

ADUN KELANTAN BERPAKAIAN PUTIH

OLEH ASLANI M KOTA BHARU: Wakil-wakil rakyat Kelantan mengenakan pakaian baju Melayu dan seluar berwarna putih pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini. Selain itu mereka juga mengenakan songkok hitam dengan melekat kain putih di bahagian atas. Begitu juga Adun wanita termasuk Mumtaz Md Nawi (Demit) dan Rohani […]

Subscribe US Now