Adakah pertimbang semula projek ECRL?

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bertanya adakah kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan semula projek ECRL dan mengkaji keperluan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan negeri-negeri Pantai Timur.

Menurut beliau, perkara itu dapat memberi kesan limpahan pembangunan kepada jajaran sekitarnya bagi mengimbangkan wilayah berkenaan.

“Saya yakin sekiranya benar dilaksanakan dapat membawa kebaikan kepada rakyat di kawasan pedalaman seperti di Pahang, Terengganu dan Kelantan secara khususnya dan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Apa yang kita lihat dari segi tindakan kerajaan mengambil kira apa yang disebut dalam jawapan Menteri dan saya juga meneliti ucapan daripada menteri-menteri sepanjang persidangan pada hari ini khususnya yang melibatkan kajian separuh penggal RMK11 serta perbahasan Bajet 2019 peringkat dasar yang lalu,” ujarnya ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga tertarik dengan strategi untuk memperkukuhkan komuniti ekonomi bumiputera dalam RMK11 yang berkait secara langsung berkenaan pengurangan kesenjangan bandar dan luar bandar khususnya negeri Pantai Timur.

“Secara perbandingannya, kawasan pedalaman ini masih terlalu kurang dari segi peruntukan kerajaan,” tambah beliau

Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pembangunan di seluruh negara dan komited terhadap prasarana yang lengkap bagi memberi kualiti hidup dan kesejahteraan yang lebih baik kepada semua rakyat di negara ini termasuk di Pantai Timur.

“Apa yang kita tekankan adalah kemampuan kewangan kerajaan pada masa ini dan saya rasa tentang projek-projek keperluan lingkaran jalan, kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan rakyat dalam memastikan perjalanan ekonomi yang lebih baik di kawasan Pantai Timur,” ujarnya.

Dalam soalan asal, Che Abdullah meminta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan langkah-langkah mengurangkan jurang ekonomi, pembangunan dan kemudahan asas di negeri-negeri Pantai Barat dengan negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu. – HARAKAHDAILY 26/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8872-adakah-pertimbang-semula-projek-ecrl

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AKSB paling banyak guna sumber air bawah tanah

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapat pengiktirafan Malaysian Book of Records berikutan pencapaian terbesar menggunakan air bawah tanah. Air berkenaan untuk kegunaan domestik dan industri iaitu 84.25 peratus daripada keseluruhan penggunaan air bawah tanah di negara ini. Sijil berkenaan disampaikan wakil Malaysia Book Of Records (MBOR), Edwin Yeoh kepada […]

Subscribe US Now