ADUN KELANTAN BERPAKAIAN PUTIH

webmaster

OLEH ASLANI M

KOTA BHARU: Wakil-wakil rakyat Kelantan mengenakan pakaian baju Melayu dan seluar berwarna putih pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Selain itu mereka juga mengenakan songkok hitam dengan melekat kain putih di bahagian atas.

Begitu juga Adun wanita termasuk Mumtaz Md Nawi (Demit) dan Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) mengenakan baju dan tudung putih.

Warna serupa juga dipakai Speaker Dun, Dato’ Abdullah Ya’kub dan timbalannya Dato’ Abdul Fattah Mahmood.

Pakaian sedondong tersebut sebagai menghormati hari berkabung sempena kemangkatan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Ketika peringkat awal persidangan bermula anggota-anggota Dewan diminta membaca al Fatihah disedekah kepada roh baginda. – HARAKAHDAILY 14/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13578-adun-kelantan-berpakaian-putih

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB KELANTAN: ITU WANG EHSAN, BUKAN ROYALTI

OLEH USTAZ AHMAD YAKOB DUN KELANTAN | Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob menegaskan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan. Menurut beliau, kerajaan persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya hanya wang ehsan. “Kenyataan itu kenyataan tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut […]

Subscribe US Now