Adun nafi diugut setuju naik elaun

KOTA BHARU – Adun Pas Kelantan menafikan dakwaan menerima amaran berdepan tindakan sekiranya menolak keputusan kenaikan elaun wakil rakyat sebagaimana diputuskan pada hari pertama sidang dewan Isnin lalu.

Adun Tendong, Rozi Muhammad bagaimanapun berkata, beliau mengakui kenaikan elaun tersebut telah menimbulkan dilema dalam kalangan wakil rakyat apabila perlu memikirkan antara keperluan sendiri dan rakyat.

“Amaran itu tak betul, sebaliknya wakil rakyat dalam dilema, dari sudut keperluan satu hal, aspek lain pun perlu difikirkan juga termasuk masalah yang membebani rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rozi berkata, bagaimanapun kenaikan elaun berkenaan bukan untuk diri sendiri semata- mata sebaliknya dikongsi dengan rakyat hampir setiap masa terutama dalam aspek kebajikan dan yang berkaitan dengan kepentingan mereka.

“Walaupun ada cadangan daripada pembangkang supaya dinaikkan kepada RM11,000 sebagaimana elaun wakil rakyat di negeri lain, tetapi kita tak setuju, kerana berpendapat kenaikan dari RM4,600 kepada RM8,000 sesuai dengan tugas dan komitmen digalas wakil rakyat,” katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan menegaskan, kenaikan elaun dibuat selepas mendapat persetujuan sebulat suara ahli dewan yang menghadiri persidangan pada hari tersebut.

Menurutnya, isu kenaikan elaun wakil rakyat telah dibincangkan sejak sekian lama namun baru kini diputuskan dewan selepas mengambil kira keperluan wakil rakyat ketika ini.

“Sebelum ini, ketika negeri lain naik, Kelantan tak naik, malah apabila negeri lain naik kepada RM11,000 kita hanya naik daripada RM4,600 kepada RM8,000, tetapi sebagaimana yang diperkatakan Menteri Besar, ia kenaikan yang sesuai pada masa ini.

“Walaupun ada permintaan dari pembangkang yang menganggap sudah tiba masanya (elaun) dinaikkan kepada RM11,000, tetapi MB kata cukup setakat RM8,000, dan kita rasa ia munasabah dan adil kepada Adun yang berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Adun Salor, Datuk Husam Musa mendakwa beliau mendapat maklumat terdapat amaran sekiranya ada dalam kalangan Adun yang menolak keputusan tersebut, mereka akan dikenakan tindakan.

ARTIKEL BERKAITAN
Azmin Ali
Elaun guru Kafa dinaikkan ke RM 1,500
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebanyak RM 200 iaitu daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta menerusi belanjawan 2016 Selangor yang diumumkan hari ini.
Adun Chuah nafi mabuk
Adun Chuah nafi mabuk
CHUAH – Adun Chuah, Chai Tong Chai, terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan persimpangan ke Kampung Baru Sungai Nipah sekitar jam 11.30 malam kelmarin.
Azmin
Selangor tidak naik elaun guru Kafa tahun ini
KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor tidak akan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) untuk tahun ini, dan sekiranya ada keperluan, elaun itu akan dinaikkan tahun depan.
Guru Kafa
Guru Kafa Selangor tuntut janji
SHAH ALAM – Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) Selangor hari ini menuntut kerajaan negeri melunaskan janji pilihan raya umumnya dua tahun lepas iaitu menaikkan kadar elaun perkhidmatan tersebut.
duit
Kadar gaji Adun sedia ada ketinggalan zaman
ALOR SETAR – Kadar gaji dan elaun yang diguna pakai Adun Kedah disifatkan sebagai ketinggalan zaman.
Adun Kedah naik gaji 50 peratus
Adun Kedah naik gaji 50 peratus
ALOR SETAR – Kerajaan Kedah mencadangkan kenaikan gaji dan elaun semua Adun sebanyak 50 peratus bermula 1 Januari 2016.
Mohamad Hasan
Dun N Sembilan lulus kenaikan elaun Adun
SEREMBAN – Dun Negeri Sembilan hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2014) yang menyaksikan kenaikan elaun Menteri Besar, Yang Dipertua Dun dan Adun berkuat kuasa 1 Januari depan.
Hannah Yeoh
Sedia pertimbang bayar gaji bekas Adun digantung
SHAH ALAM – Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Selangor bersedia mempertimbang pembayaran gaji tertunggak seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan enam bekas Adun negeri itu yang pernah digantung tanpa gaji.
Dipenjara 14 hari tumbuk Adun
Dipenjara 14 hari tumbuk Adun
KANGAR – Seorang peniaga ikan dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,000 setelah didapati bersalah mencederakan Adun Kuala Perlis, Mat Hassan dua tahun lalu.

Sumber: Sinar Harian/6 November 2015

(Visited 56 times, 5 visits today)

Add Comment