Adun pembangkang Kelantan diberi peruntukan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan juga akan memberi peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan masing-masing dijaga.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah berkata, secara dasarnya kerajaan negeri setuju melaksanakan hasrat tersebut.

Namun katanya, beliau belum dapat memberi penjelasan jumlah yang akan diberikan kepada lapan Adun Barisan Nasional (BN).

“Kita setuju untuk beri, bahkan kita sudah bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dua minggu lalu, cuma tidak diisytiharkan lagi. Exco sudah putuskan mengenainya.

“Kita akan bagi peruntukan kerajaan negeri kepada wakil rakyat pembangkang di Kelantan, cuma jumlahnya kita sedang dibincang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Nilam Puri hari ini.

Mohd Amar juga berkata, pelbagai cadangan diutarakan antaranya bagi peruntukan sama rata dan kurang sedikit daripada peruntukan yang diberikan kepada wakil rakyat kerajaan iaitu RM100,000 setahun. – HARAKAHDAILY 27/6/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment