ADUN sedia ‘hotline’ bantu rakyat terjejas

webmaster

KOTA BHARU: Wakil rakyat di Kelantan menyediakan ‘hotline’ bagi membolehkan orang ramai yang terputus bekalan keperluan harian untuk mendapat bantuan segera.

Talian hotline tersebut membabitkan semua Pusat Khidmat DUN di seluruh Kelantan bagi membantu rakyat yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Notis itu tertera di media sosial sejak semalam. ‘Jika anda mempunyai masalah semasa PKP dan memerlukan bantuan, sila hubungi talian hotline’.

Orang ramai juga boleh melayari Facebook Pusat Khidmat DUN masing-masing untuk mengetahui maklumat dan perkembangan terkini.

Manakala dalam perkembangan berkaitan di Pasir Puteh Pusat Khidmat DUN Gaal mengagih keperluan harian kepada penduduk yang terjejas bagi fasa keempat.

ADUN Gaal Ustaz Mohd Rodzi Jaafar berkata, bantuan secara berperingkat itu melibatkan kesemua 19 penghulu mukim DUN Gaal dan penghulu mewakili antara kaum.

“Kelmarin penghulu secara bergilir datang ke Pusat Khidmat Wakil Rakyat bagi mengambil keperluan asas untuk diagih kepada rakyat di mukim masing-masing,” katanya di sini.

Antaranya Penghulu Mukim Changgai Rohaimi Yusoff menyampaikan sumbangan bekalan barangan asas termasuk beras, minyak dan gula kepada penduduk yang terjejas di mukim berkenaan.- HARAKAHDAILY 2/4/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/04/02/adun-sedia-hotline-bantu-rakyat-terjejas/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada bazar Ramadan selagi ada PKP – MB Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak akan menganjurkan bazar Ramadan tahun ini selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ia selaras dengan pendirian Kerajaan Persekutuan yang tidak membenarkan bazar Ramadan diadakan selagi PKP dilaksanakan bagi menghalang penularan wabak Covid-19. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, jika semua pihak tidak […]

Subscribe US Now