AGAMA HANYA HAK PERIBADI PANDANGAN SALAH

webmaster

oleh Muhammad Arif Ismail

KOTA BHARU: Pandangan yang mengatakan urusan peribadi merupakan hak masing-masing yang tidak diurus kerajaan merupakan pandangan salah.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pandangan seperti itu tidak bersumber kepada ajaran Islam.

“Ini adalah sebahagian fahaman liberalisma, urusan agama diuruskan oleh individu dan pemerintah negara tidak berhak campurtangan agar kehendak mereka tercapai tanpa gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Tilawah dan Hafazan al Quran peringkat negeri 1441 Hijrah (2020) di Kompleks Islam Darulnaim malam tadi.

Turut hadir Speaker Dun Kelantan Dato’ Abdullah Ya’kob, Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad dan anggota Exco Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Seramai 22 orang qari dan qariah memperdengarkan bacaan ayat suci al Quran mewakili jajahan. Tilawah itu diadakan selama tiga hari.

Baru-baru ini bekas penjawat awam kanan yang menggelarkan diri mereka sebagai G25 mengkritik undang-undang murtad.

Malah mereka menyifatkan keputusan seorang Islam untuk keluar agamanya antara individu itu dengan Tuhan. – HARAKAHDAILY 13/1/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/01/13/agama-hanya-hak-peribadi-pandangan-salah/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

R GERAK MASSA TUNTUT ROYALTI PETROLEUM

oleh Muhammad Arif Ismail KOTA BHARU: Pertubuhan Royalti (R) Kelantan sekali lagi akan mengerakkan massa bagi menyokong tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan royalti petroleum daripada kerajaan persekutuan. Presidennya, Nazri Deraman berkata, program yang dirancang tahun ini termasuk larian untuk royalti dan ‘fun ride for royalti’. Katanya program itu diadakan dengan […]

Subscribe US Now