Agenda politik di sebalik sebar video lucah

webmaster

KOTA BHARU: PAS tidak menafikan ada agenda politik di sebalik penyebaran video tidak bermoral yang membabitkan seorang pemimpin kanan PKR.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar berkata, politik Malaysia sekarang dicemari perkara seperti itu di mana standardnya begitu rendah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penularan video berkenaan selepas mesyuarat Exco di Kota Darunlaim di sini hari ini.

Sejak semalam tular video intim ‘sejenis’ membabitkan anggota kabinet kanan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lebih mengejutkan lagi apabila Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Industri Utama dilapor mengakui terbabit dalam video tersebut.

“Jika benar ada pengakuan dari pelakunya ia perlu disiasat pihak berkuasa.

“Ini kerana isu tersebut melibatkan Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan, jadi kita minta pihak polis bertindak,” ujar Mohd Amar.

Beliau turut bersetuju saranan PAS Pusat supaya ahli dan penyokong parti itu tidak terlibat dengan penyebaran ‘video hanyir’ yang sedang diperkatakan sekarang. – HARAKAHDAILY 12/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11451-agenda-politik-di-sebalik-sebar-video-lucah

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Laporan agensi tiada pencemaran di Kuala Koh

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan berpuas hati terhadap laporan beberapa agensi kerajaan berkaitan isu Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, laporan awal agensi terbabit menjelaskan kematian yang berlaku bukan disebabkan perlombongan dan pencemaran air. Sedangkan katanya selama ini ada pihak menuduh macam-macam mengenai […]

Subscribe US Now