Ahli Majlis Mesti Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab

KOTA BHARU – Ahli-Ahli Majlis diingatkan supaya sentiasa patuh pada peruntukan undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan, Ahmad bin Yakob berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan 2018 di Kota Darul Naim dekat sini semalam.

Beliau turut mengingatkan Ahli-Ahli Majlis supaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa mementingkan aspek kecemerlangan dalam perkhidmatan.

“Dalam aspek kebersihan hendaklah sentiasa diberi perhatian serius dengan melibatkan PBT dan rakyat sekali dan ianya perlu ditingkatkan daripada semasa ke semasa.

Rakyat perlu dididik dan diberi kesedaran melalui tarbiyah yang berkesan dalam mendepani cabaran hidup melalui Jabatan Pembangunan Islam di setiap PBT,” katanya.

Tambahnya, dalam usaha membantu rakyat banyak peluang yang boleh dilakukan oleh PBT melalui usaha yang dilakukan oleh Ahli-Ahli Majlis terutamanya berhubung dengan pembinaan rumah mampu milik.

“Berhubung dengan perkara ini pihak PBT boleh berbincang dengan kontraktor untuk mencari kaedah yang lebih sesuai dalam usaha membantu rakyat mendapat rumah mampu milik,” katanya.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment