Air keruh sambut Le Tour tiada kaitan AKSB

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berhadapan dengan kes bil tertunggak sebanyak RM22 jutaKOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan pancutan semasa acara ketibaan peserta Le Tour de Langkawi 2018 Isnin lepas tiada kaitan dengan agensi itu.

Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, pada awalnya air yang dipancut jernih, kemudian bertukar keruh selepas itu.

Katanya, penyelenggaraan pili bomba di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“AKSB tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan pembersihan pili bomba dan kekeruhan air yang berlaku mungkin disebabkan tiada pencucian saluran paip bomba pada masa ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu katanya, AKSB berharap mana-mana pihak tidak lagi menular kejadian tersebut dan menyalahkan AKSB secara perse dan tidak bertanggungjawab.

Klip video yang ditularkan di media sosial berkaitan pancutan air keruh oleh anggota Bomba dan Penyelamat ketika ketibaan peserta Le Tour de Langkawi. – HARAKAHDAILY 21/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment