Air keruh sambut Le Tour tiada kaitan AKSB

webmaster

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berhadapan dengan kes bil tertunggak sebanyak RM22 jutaKOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan pancutan semasa acara ketibaan peserta Le Tour de Langkawi 2018 Isnin lepas tiada kaitan dengan agensi itu.

Pengurus Besar AKSB, Ir Wan Mohd Zamri Wan Ismail berkata, pada awalnya air yang dipancut jernih, kemudian bertukar keruh selepas itu.

Katanya, penyelenggaraan pili bomba di bawah seliaan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“AKSB tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan pembersihan pili bomba dan kekeruhan air yang berlaku mungkin disebabkan tiada pencucian saluran paip bomba pada masa ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehubungan itu katanya, AKSB berharap mana-mana pihak tidak lagi menular kejadian tersebut dan menyalahkan AKSB secara perse dan tidak bertanggungjawab.

Klip video yang ditularkan di media sosial berkaitan pancutan air keruh oleh anggota Bomba dan Penyelamat ketika ketibaan peserta Le Tour de Langkawi. – HARAKAHDAILY 21/3/2018

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Isu bekalan air bersih di Kampung Bechah Laut

AIR Kelantan Sdn Bhd (AKSB) amat menyedari permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Bechah Laut dan sekitarnya dalam jajahan Tanah Merah dan di pihak AKSB sedang menjalankan gerak kerja seperti berikut bagi membekalkan air bersih kepada penduduk setempat. Untuk makluman, bekalan air yang disalurkan adalah dari Loji Bukit Remah […]
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih berhadapan dengan kes bil tertunggak sebanyak RM22 juta

Subscribe US Now