Air Sungai Kelantan Bebas Bahan Toksik

webmaster

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd. Amar Nik Abdullah menjelaskan yang air Sungai Kelantan bebas dari bahan toksik dan selamat diminum.

“Cuma apa yang berlaku sekarang adalah airnya yang sedikit keruh memandangkan sekarang ini musim kemarau,” jelasnya ketika sidang media selepas Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim  tengah hari tadi.

Tambahnya, berlakunya kekeruhan itu mungkin juga disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pertanian yang berlaku di ulu sungai, tetapi bagaimana pun airnya bebas bahan toksik.

Berhubung perkara yang sama, beliau menjelaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana segala aktiviti akan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Parit dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar.- UPKN KELANTAN 13/3/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

STPM: 4 pelajar K’tan cemerlang kebangsaan

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merakam ucapan tahniah empat pelajar negeri itu yang dinobatkan antara 10 pelajar cemerlang peringkat kebangsaan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2018. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Dato’ Dr Mohamed Fadzli Mohamed berkata, kecemerlangan itu menjadi kebanggaan kepada negeri dan rakyat Kelantan. […]
Dr Fadzli Hassan menyampaikan dermasiswa kepada pelajar.

Subscribe US Now