AJK SURAU, PEGAWAI HALAQAT BERPERANAN IMARAHKAN SURAU

BACHOK – Bahagian Dakwah Halaqat negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 8 April 1991 berperanan memajukan urusan dakwah dan perkembangan Islam di seluruh negeri Kelantan.

Di samping itu, tujuan Halaqat ialah untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sehingga wujudnya keluarga dan masyarakat yang sejahtera dengan mendapat keampunan dan keredaan Allah.

Exco Pembangunan Islam YB Dato’ Panglima Perang Mohd Nasurruddin Daud berkata, bagi menghidupkan surau-surau di kampung, pihak Ahli jawatankuasa surau boleh berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pengelola Halaqat kawasan yang dilantik untuk mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan agar sentiasa dipenuhi jemaah atau penduduk setempat.

Beliau berkata demikian ketika memberi maklumbalas terhadap persoalan yang diajukan oleh peserta di Majlis Penerangan Pencapaian Kerajaan Negeri Kelantan bagi Parlimen Bachok dan Pasir Puteh anjuran Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN) di Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Kampung Badak, semalam.

Peserta tersebut Zahari Yaakob, 56 turut mencadangkan agar pihak berwajib membuat pemantauan dan bancian terhadap surau-surau yang ada di kampung agar tidak berlaku surau yang mati atau tidak ada jemaah.

Sumber

(Visited 10 times, 1 visits today)

Add Comment