AJK Ulamak PAS Kelantan angkat sumpah senator hari ini

BEKAS Ahli Dewan Rakyat Peringat (Parlimen Ketereh) Senator Ustaz Muhamad Mustafa hari ini mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara yang baru bagi tempoh tiga tahun.

Beliau menggantikan posisi Dato’ Dr Johari Mat yang telah tamat tempoh perkhidmatan selama 2 penggal (6 tahun) sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau pernah bergelar Ahli Dewan Rakyat Peringat pada sesi 1999 sehingga 2004.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S.A. Vigneswaran di Bangunan Parlimen di sini.

Muhamad, 59, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan menjadi Adun Demit pada 2008 hingga 2013, juga merupakan Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Kelantan.

Muhamad menyifatkan lantikan tersebut sebagai satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, bagi memastikan pembangunan negara berjaya dicapai. – HARAKAHDAILY 31/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook0Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment