AKSB atasi enap cemar Sg Pengkalan Datu

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melakukan pencucian berkala di Sungai Pengkalan Datu berhampiran pusat rekreasi, Min House Camp di Kubang Kerian dekat sini.

Ketua Jabatan Operasi dan Pengeluaran AKSB, Safrurazi Salleh berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian pengurusan enap cemar (sludge) yang dihasilkan Loji Rawatan Air Chicha.

Menurut beliau beberapa langkah diambil antaranya AKSB membuat pembelian seunit Decanter yang bernilai RM500,000 bagi memproses bahan tersebut.

“Kami sentiasa peka dan sedar terhadap pengurusan enap cemar di loji Rawatan Air Chicha Kubang Kerian dan pencucian secara berkala dibuat di Sungai Pengkalan Datu.

“Selain membeli peralatan Decanter ini, kami turut menggunakan kaedah ‘cuastic soda’ bagi mengurangkan penghasilan enap cemar oleh LRA Chicha,” katanya di sini.

Baru-baru ini penduduk di sekitar Sungai Pengkalan Datu mendakwa ada kelodak dalam sungai tersebut yang boleh menjejaskan sumber protein. – HARAKAHDAILY 27/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/9232-aksb-atasi-enap-cemar-sg-pengkalan-datu

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment