AKSB bantu krisis air di Selangor

KOTA BHARU : Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) atas semangat setiakawan dengan operator air di Selangor, telah turut sama membantu sebaik mungkin bagi atasi krisis air di Selangor yang dihadapi masa kini.

Dengan kakitangan seramai 10 orang yang juga merupakan Anggota Rejimen Pakar Pengendalian Air ke 60 (AW) untuk Skuadron Kelantan, AKSB bersama dua buah lori tangki telah dihantar ke Selangor dan telah ditempatkan di kawasan Hospital Shah Alam.

Pasukan bantuan ini sentiasa bersedia dan bersemangat walaupun terpaksa melaksanakan tugasan diwaktu malam dengan lokasi pengambilan air ke hospital tersebut jaraknya lebih 20km.

Mereka telah ditugaskan bermula jam 8 malam hingga 8 pagi dan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengurusan air Selangor.

Penghantaran bantuan lori tangki ke Selangor setelah gangguan bekalan air berlaku akibat Paip pecah di Loji Rawatan Air SSP3 yang melibatkan kawasan Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur.

Menurut SelangorKini, Tempoh masa pemulihan bagi kawasan Kuala Langat dan Hulu Selangor dijangka pulih jam 6.00 pagi pada 10 Mac.

Manakala di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak daan Kuala Lumpur dijangka pulih sepenuhnya pada jam 6.00 petang, 11 Mac ini.

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment