AKSB buat persediaan menjelang Aidilfitri

MENGAMBIL kira ramai anak-anak Kelantan di perantauan akan balik berhari raya bersama keluarga pada Aidilfitri ini, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaksanakan beberapa pelan tindakan.

Antaranya menambah lori tangki dan menempatkan tangki statik di lokasi yang menghadapi tekanan rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hanifa Ahmad berkata, AKSB akan menambahbaik sistem agihan air di musim perayaan.

Katanya tumpuan diberi di lokasi yang dikenal pasti mengalami tekanan air rendah.

“Kaedah itu yang kita lakukan sejak dua, tiga tahun lepas agak berkesan mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

“Cuma tahun ini kita menambah baik lagi supaya dapat mengurangkan  masalah yang dihadapi pengguna,” katanya selepas taklimat AKSB kepada wakil rakyat di JKR 10, Kota Bharu hari ini.

Hanifa juga berkata, AKSB dan jurutera jajahan akan memperincikan lagi lokasi yang hendak ditempat lori tangki dan tangki statik.

Beliau turut menasihat orang ramai berjimat cermat menggunakan air pada musim perayaan. – HARAKAHDAILY 15/6/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
151Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment