AKSB hantar air bersih ke Kuala Koh

webmaster

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mulai hari ini menghantar bekalan air bersih ke penempatan Orang Asli di Kuala Koh Gua Musang.

Penghantaran itu menggunakan lori 5 tan yang diisi dua tangki 800 gelen setiap satu. Selain itu turut dibekal dua tangki statik bersaiz 500 gelen.

Bekalan diambil dari Loji Felda Chiku yang terletak kira-kira 50 km dengan Kuala Koh.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Nazman Che Iberahim berkata, mesyuarat bersama agensi kerajaan negeri dan Persekutuan semalam bersetuju AKSB menghantar air bersih ke Kuala Koh.

Katanya, tangki statik bagi tujuan kegunaan penyediaan makan minum dan kebersihan diri ditempatkan di perkampungan tersebut.

“Namun cabaran membawa air bersih mengambil masa lebih kurang sejam kerana jalan sempit dan berbukit.

“Bekalan air dengan tangki statik tersebut hanya bersifat sementara atas inisiatif AKSB sebagai salah satu khidmat sosialnya,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 11/6/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11435-aksb-hantar-air-bersih-ke-kuala-koh

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

300 bungkus nasi tidak dapat diserah

GUA MUSANG: Hasrat kumpulan NGO dan Majlis Tindakan Dun Paloh membawa bekalan makanan kepada penduduk Orang Asli di Kuala Koh hari ini tidak kesampaian. Rombongan tersebut yang turut disertai anggota parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof dan Penyelia Dun Paloh Ustaz Azman Ahmad tidak dibenarkan masuk ke penempatan Orang Asli. […]

Subscribe US Now