AKSB tukar paip lama 3,000 km

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam proses menukar paip lama di seluruh negeri sepanjang kira-kira 3,000 kilometer bermula tahun lalu melibatkan kos RM973 juta.

Azami Mohd Nor melakukan gimik perasmian pecah tanah pemasangan paip.

Projek dalam tempoh lima tahun itu merupakan sebahagian daripada pelan selepas Kelantan menandatangani migrasi dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) pada 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Dato’ Sr Azami Mohd Nor berkata, PAAB memperuntukkan sebanyak RM206 juta tahun ini melibatkan pertukaran paip sepanjang 485,580 meter di Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai.

“Penukaran itu melibatkan paip jenis asbestos cement (AC) yang berusia lebih 30 tahun kepada paip baharu.

“Paip lama sering kali pecah dan bocor serta tidak dapat menampung keperluan bekalan air semasa. Paip pecah memberi kesan kepada peningkatan kadar air yang tidak terhasil (NRW) di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penukaran Paip Lama di bawah pembiayaan PAAB di Kampung Telaga Nibong, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah Eksekutif AKSB Ab Rashid Mohd Yusoff. – HARAKAHDAILY 22/4/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10751-aksb-tukar-paip-lama-3-000-km

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment