Aktiviti curi air punca kurang agihan bekalan

webmaster

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapati aktiviti kecurian air menyebabkan berlakunya pengurangan agihan air di sesetengah kawasan.

Penasihat Undang-Undang AKSB, Nasrul Mohamed berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab itu mengambil kesempatan mendapatkan air secara menyalahi peraturan.

Katanya, AKSB memandang serius perkara tersebut kerana ia turut menyumbang kepada kadar Air Tidak Berhasil (NRW).

“Tindakan terbabit memberi kesan kepada pengguna sedangkan mereka yang membuat penyambungan haram dapat menikmati air secara percuma” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nasrul juga berkata, kes terbabit diserah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk diambil tindakan pendakwaan.

Baru-baru ini, AKSB kerjasama SPAN membawa kes kecurian air oleh sebuah syarikat pemaju di Pasir Mas dan didapati bersalah dengan dikenakan denda RM12,000.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai memberi kerjasama penuh bagi membanteras kegiatan mencuri air dengan membuat laporan di talian 09-7437777 atau Pusat Informasi 15777. – HARAKAHDAILY 17/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8439-aktiviti-curi-air-punca-kurang-agihan-bekalan

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada masalah tempoh MB dua penggal

KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan tidak bermasalah terhadap cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengehadkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Besar (MB) kepada dua penggal sahaja. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, cadangan dibuat perdana menteri bagi menghadkan jawatan berkenaan tidak menjadi masalah kepada PAS di Kelantan. “Kalau […]

Subscribe US Now