Al-Quds: Perisytiharan Trump cabar dunia

webmaster

PRESIDEN Amerika, Donald Trump hanya untuk menunjukkan kehebatannya pada dunia sehingga berani mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.

Naib Ketua Dewan Ulamat PAS Kelantan, Datuk Muhammad Awang, berkata pengisytiharan yang mencabar itu semata-mata ingin memperlihatkan keberaniannya pada mata dunia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Donald Trump mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel.Adun Gual Periuk itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan mangsa banjir di Kampung Tok Deh, dekat sini hari ini.

Turut berucap pada majlis itu, Anggota Parlimen Rantau Panjang, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusoff.

Lebih 200 orang menerima sumbangan yang digabungkan oleh dua pimpinan itu berupa keperluan harian.

Datuk Muhammad bagaimanapun menyeru umat Islam seluruh dunia bersatu bagi membuktikan kekuatan golongan muslim.

“Kita tentunya tidak redha dengan pengisytiharan itu kerana Baitul Maqdis hak kita, hak umat Islam seluruhnya yang wajib dipertahankan,”ujarnya.

Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat sunat hajat untuk menyelamatkan Baitul Maqdis.

Katanya, ketika ini soal politik perlu diketepikan demi kepentingan Islam. – HARAKAHDAILY 7/12/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Mana janji Umno mahu bina tebatan banjir?

KERAJAAN Umno dan BN diminta menghentikan sikap dolak dalih pembinaan tebatan sungai di Kelantan. Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, janji kerajaan BN untuk membinanya sejak RMK-9 hingga sekarang belum dilaksanakannya. Menurutnya, setiap tahun rakyat Kelantan khususnya Rantau Panjang, Pasir Mas dan Tumpat  berhadapan banjir yang teruk. Silakan […]

Subscribe US Now