Al-Quran Asas Perpaduan Ummah

KOTA BHARU – Majlis Menghafaz dan Tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun di peringkat negeri adalah merupakan manifestasi usaha yang serius, strategi dan berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri khususnya untuk mendaulatkan Al-Quran sebagai asas perpaduan ummah.

Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Pengurniaan Hadiah Menghafaz dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan 1440H/2019M di Dewan Besar Balai Islam, Lundang baru lalu.

Katanya, segala program dan gerak kerja yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan bidang pembangunan material dan fizikal tetapi merangkumi aspek pembangunan insaniah yang boleh mengilap potensi kecemerlangan diri dan keunggulan syaksiah.

“Kerajaan Negeri bersama-sama dengan agensi Perkhidmatan Sektor Awam sentiasa menerapkan keseimbangan dan pelaksanaan dasar pentadbiran untuk keseimbangan antara tuntutan duniawi dan ukhrawi,” tambahnya.

Keputusan menghafaz sebagaimana berikut, tahap satu (1-10 juzu’ dan tarannum) hafiz, johan Che Mahmud Yusoff, naib johan Muhammad Amirul Mukmin Mazlan dan tempat ketiga Ahmad Naufal Nasir.

Hafizah, johan Putri Auni Khadijah Mohd Hanif, naib johan Faten Nadia Tuan Hussain dan tempat ketiga Siti Hajar Zakaria.

Keputusan tahap dua (1-20 juzu’) hafiz, johan Abdul Munshi Mustapa, naib johan Afnan Kholili Khairul Anuar dan tempat ketiga Nik Muhammad Hazim Nik Ab Aziz.

Hafizah, johan tiada peserta yang layak, naib johan tiada peserta yang layak dan tempat ketiga Hamiza Alyaa Che Yusoff.

Tahap tiga (1-30 juzu’ dan tafsir) hafiz, johan Abdullah Ulwan Ismail, naib johan Abdul Rauf Sapuan dan tempat ketiga Ahmad Muslim Almi.

Hafizah, johan Afifah Syakirah Mohd Radzi, naib johan Siti Ameerah Fauzi dan tempat ketiga Putri Aminah Mohd Hanif.

Keputusan tilawah pula adalah qari, johan Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, naib johan Muhammad Anwar Abdullah dan tempat ketiga Mohd. Tariq Ismail.

Qariah, johan Mariam Jusoh, naib johan Che Ruhani Mohd. Fathil dan tempat ketiga Rahimah Mahmud.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra.- UPKN KELANTAN 12/3/2019

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
22Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment