Al-Quran sedia panduan lengkap kehidupan

webmaster

HIDUP manusia akan lengkap dan aman sekiranya menjadikan al Quran sebagai panduan, kata Menteri Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Ini kerana kata beliau segala panduan kehidupan dalam semua aspek terkandung dalam al Quran.

“Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan sekarang umat Islam hendaklah mengejar ganjaran pahala yang disediakan Allah SWT pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini,” katanya ketika merasmikan Madinah Ramadan, di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu, malam tadi.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyudin Hassan dan wakil-wakil rakyat.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana anak jati Kelantan turut diundang mengimami solat sunat tarawih di Madinah Ramadan tahun ini.

“Pembaharuan yang dibuat MPKB-BRI diharap membuahkan hasil yang baik.

“Siapa tidak bangga apabila anak Kelantan, Dr Lokman Ibrahim pensyarah dari USIM turut mengimamkan solat tarawih di sini,” katanya.

Dr Lokman pakar dalam bidang qiraat diundang sebagai imam solat tarawih selama tiga malam bermula 1 Ramadan lepas. – HARAKAHDAILY 29/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Warga emas terima takaful RM79 juta

SEJAK Skim Takaful Warga Emas diperkenalkan pada 2007 sehingga sehingga akhir Mac lepas lebih RM79 juta dibayar kepada keluarga pencarum. Pegawai Eksekutif Pemasaran Syarikat Kifaalah Sdn Bhd, Mohd Hafiz Husin berkata, jumlah itu melibatkan seramai 45,748 penerima (wasi keluarga warga emas). Menurutnya, sehingga 31 Mac lalu seramai 161,204 warga emas […]

Subscribe US Now