Alangkah baiknya jika semua mufti sependapat

webmaster

SHAH ALAM – Pas menyatakan penghargaan kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atas kenyataan sokongan kepada pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya yakin semua mufti menyokong RUU 355 memandangkan ia sebahagian usaha meningkatkan martabat Mahkamah Syariah.

“Terima kasih Mufti Wilayah Persekutuan atas sokongan kepada RUU355. Alangkah baiknya kalau semua mufti mengeluarkan gesaan yang sama kepada semua ahli Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mufti: MP Islam wajib sokong pindaan RUU 355]

Zulkifli semalam dalam satu kenyataan menegaskan wajib bagi semua ahli parlimen beragama Islam menyokong pindaan tersebut manakala ahli parlimen bukan Islam perlu menyokongnya kerana ia membina kebaikan.

“Isu RUU 355 tidak perlu dipolitikkan, kerana ia bukan isu politik, kerana ia adalah tanggungjawab semua umat Islam.

“Bahkan, isu ini tidak perlu dipolemikkan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan terjejasnya hubungan baik yang sedia ada dan sikap saling hormat-menghormati antara agama yang sudah sedia terjalin,” katanya.

Tambahnya, “semoga langkah yang diambil oleh Mufti Wilayah akan menyemarakkan lagi usaha dalam memahamkan masyarakat umum terhadap RUU 355 dan bergerak senada bagi menyokong rang undang-undang tersebut secara harmoni dan berdakwah.”

Bacaan kedua bagi RUU Persendirian itu dijangka bakal berlaku pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan selepas Abdul Hadi berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syar’ie.[SINAR HARIAN 3 SEPTEMBER 2016]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Persiapan menjelang Hari Wukuf

MEKAH: Hanya sembilan hari lagi menjelang Hari Wukuf,  sebagai bermulanya ibadat yang ditunggu jutaan jemaah haji. Bermula di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah jemaah haji membuat persiapan untuk hadir sebagai menyempurnakan rukun haji. Kemudian jemaah haji bergerak ke Muzdalifah pada malam 10 Zulhijjah bagi mengutip anak batu. Pada hari yang […]

Subscribe US Now