Anak Kelantan bakal ‘tawan’ Burj Khalifa

KOTA BHARU: Jaguh marathon negara, Mejar (Kehormat) Dr Suwaibah Mohd Nasir berhasrat membawa imej Kelantan dan Malaysia ke peringkat dunia.

Katanya, bendera Kelantan akan dibawa bersama bendera World Peace di menara yang bakal beliau jejaki.

“Impian saya dalam menyatakan suara keamanan ini bukan hanya untuk peringkat Malaysia, sebaliknya peringkat dunia.

“Saya datang untuk menyatakan pada 25 Ogos ini kita akan adakan majlis pelancaran di KL Tower di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui semasa mengunjungi hormat anggota Exco, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat di Kota Darulnaim semalam.

Sebelum ini Suwaibah yang berasal dari Tanah Merah berjaya mencipta 10 Malaysian Book of Record. Beliau juga baru menamatkan misi pendakian di Menara Avala, Belgrade.

Beliau juga bakal menawan menara pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa pada bulan hadapan. – HARAKAHDAILY 31/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/7599-anak-kelantan-bakal-tawan-burj-khalifa

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Share on Google+
Google+
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment