Anak muda dibantu miliki perniagaan ‘food truck’

webmaster

KERAJAAN Kelantan turut membantu golongan belia yang berminat dalam perniagaan terutamanya ‘food truck’ yang menjadi fenomena baru hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, perniagaan baharu itu terbukti mendapat sambutan ramai sekarang.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha bagi melahirkan lebih ramai anak muda yang berjaya sebagai usahawan.

“Kerajaan negeri melalui Kelantan Utilities Mubarakan (KUM) Holdings Sdn Bhd turut membantu anak muda yang berminat dalam perniagaan tersebut,” katanya ketika merasmikan pelancaran kempen pemilikan Food Truck di Kota Bharu hari ini.

Program berkenaan diadakan di laman Pasar Besar Siti Khadijah. Hadir sama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Datuk Mohd Zamri Ismail, Timbalan Pengarah Mara Kelantan, Kamaruzzaman Mohamad dan Pengurus Besar KUM, Mahadi Mokhtar.

Kempen pemilikan kenderaan itu mendapat kerjasama Go Automobile Manufactoring Sdn Bhd, Mara dan MPKB BRI.

Abdul Fattah berkata, gabungan beberapa pihak tersebut bertujuan untuk membantu rakyat Kelantan dalam perniagaan. – HARAKAHDAILY 9/5/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kekalkan kemenangan diasas ATGNA

RAKYAT Kelantan diseru mengekalkan kemenangan negeri itu pada PRU 14 ini sekiranya sayangkan perubahan yang dibuat Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Bentara Kanan, Ahmad Yakob, berkata almarhum telah banyak membawa kesejahteraan pada rakyat dengan pelbagai perubahan khususnya berkaitan agama. “Sepanjang pentadbiran […]

Subscribe US Now