Anak muda tekad rampas kerusi parlimen Tumpat

webmaster

ANAK-anak muda di Tumpat perlu bekerja keras bagi mengambil semula kerusi Parlimen Tumpat yang dilarikan penyandangnya sekarang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerusi milik PAS sekarang bertukar kepada PKR, selepas anggota parlimennya menyertai parti tersebut.

“Anak-anak muda perlu bekerja keras bagi mengembalikan kerusi tradisi PAS tersebut.

“Kita berharap program Karnival Anak Muda dan Ijtimak Muslimat menjadi gelombang kebangkitan anak-anak muda mempertahankan kerajaan Kelantan,” katanya Karnival Anak Muda Tumpat.

Program tersebut diadakan sempena sambutan 40 tahun Dewan Pemuda PAS Tumpat.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, Penyelaras Dun Pengkalan Kubor, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Pemuda PAS Tumpat, Mohd Hushaimi Hussian.

Abdul Fattah yang juga Adun Bukit Panau berkata, anak muda perlu turut memberi perhatian bagi misi merampas Dun Pengkalan Kubor pernah dimenangi PAS pada PRU 1999.

Sejak empat PRU lepas parlimen Tumpat diwakili Datuk Kamaruddin Jaffar yang menang atas tiket PAS. Bagaimanapun dua tahun lalu beliau menyertai PKR. – HARAKAHDAILY 2/8/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Lambaian Kaabah: Jemaah haji mengucap panjang

KETIKA menunggu di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak Panji, penulis bertemu dengan rakan-rakan yang juga bakal haji. Ada tua, muda dan remaja. Paling berusia lebih 80 tahun. Beliau ke Makkah bersama isteri dan anak lelakinya sebagai peneman. Paling dikagumi, dia memberitahu menunaikan haji kali kedua hasil membanting tenaga di sawah padi. […]

Subscribe US Now