Anti vaksin: Apa alternatif pihak kementerian?

AHLI Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin mempersoalkan Kementerian Kesihatan Malaysia apakah punca yang menyebabkan wujudnya kumpulan anti vaksin di dalam negara ini.

Ketika mengemukakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, golongan anti vaksin ini telah mengundang keraguan kepada masyarakat yang mengambil vaksin walaupun dari sudut agama ia telah dibenarkan.

“Adakah alasan mereka yang anti vaksin kerana beberapa kejadian komplikasi berlaku kesan daripada pengambilan vaksin ini  di atas kecuaian Kementerian Kesihatan sendiri.

“Adakah kelemahan pegawai-pegawai kita menyebabkan berlakunya penolakan vaksin ini,” soal beliau kepada Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika sesi soal jawab pagi ini.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan membuat pindaan undang-undang yang lebih berat kepada kumpulan anti vaksin memandangkan dari sudut agama dan hukum vaksin ini adalah perkara yang harus dilakukan.

Terdahulu, Izani meminta Menteri Kesihatan  menyatakan apakah inisiatif yang diambil terhadap ibu bapa bayi yang tidak mahu anak mereka menerima suntikan vaksin 5-Serangkai (DTaP-IPV//HiB) agar dapat memutuskan rantaian penularan penyakit cegahan vaksin dan mengelakkan berlakunya wabak dalam komuniti.

Subramaniam tidak menafikan kewujudkan kumpulan anti vaksin kerana ada kempen anti vaksin melalui hubungan dengan media sosial pada hari ini.

Katanya, insiatif kerajaan dalam memastikan vaksin ini diambil oleh bayi dengan memberi maklumat dan nasihat kepada ibu bapa bagi demi kesihatan masa depan anak-anak mereka. – HARAKAHDAILY 27/7/2017

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook29Share on Google+0Tweet about this on TwitterPrint this page

Add Comment