Antiviral: Harapan setinggi gunung

webmaster

WABAK virus Corona baru (COVID-19) merancakkan usaha penghasilan antiviral. Keupayaan saintis di Doherty Institute, Melbourne membiakkan virus ini daripada pesakit merupakan pencapaian yang sangat penting. Penemuan ini membenihkan harapan tinggi bagi menghasilkan rawatan untuk mengekang virus ini daripada terus merebak.

Antiviral dan vaksin

Antiviral berfungsi sebagai suatu bentuk rawatan, berbeza dengan vaksin, yang merupakan ejen pencegahan. Keberkesanan antiviral adalah terhad. Ia juga perlu segera diberikan kepada pesakit yang terdedah kepada jangkitan. Kelewatan menerima rawatan mengurangkan keberkesanan fungsi antiviral.

Penyelidikan yang menyeluruh

Sebagaimana pembinaan vaksin, penghasilan antiviral memerlukan penyelidikan pelbagai sudut yang memakan masa yang panjang, merangkumi:

Mengenalpasti ejen penyebab penyakit.

Jenis ejen, urutan genom (genomic sequence), keupayaan merebak dan tahap bahaya (biosafety level).

Gejala jangkitan.

Jenis sel yang dijangkiti.

Kesan jangkitan terhadap sistem pertahanan badan (immune system).

Membina antiviral menggunakan strategi utama, sama ada:

Antiviral menyasarkan virus (virus-targeting antiviral), contohnya: zanamivir dan oseltamivir bagi merawat jangkitan influenza.

Antiviral menyasarkan sel perumah (host-targeting antiviral), contohnya: terapi berasaskan interferon yang diberikan kepada pesakit Hepatitis C.

Ujian keberkesanan (efficacy) dan keselamatan (safety).

Ujian keselamatan dan keberkesanan antiviral sebagai ejen yang boleh melemahkan atau menghalang pembiakan virus bermula dengan menggunapakai sel haiwan dan manusia. Sel ini dikembang biak di dalam makmal (continuous cell lines). Kebiasaannya antiviral turut diuji menggunakan sel yang diambil secara terus dari penderma (primary cells) contohnya sel epithelial yang diambil dari paru-paru manusia menggunakan teknik bronchoscopy.

Keupayaan antiviral ini juga perlu diuji menggunakan haiwan makmal, contohnya tikus dan arnab.

Berjaya melepasi pelbagai ujian makmal membuahkan harapan setinggi gunung, antiviral yang diuji berkemungkinan besar berkesan dalam merawat jangkitan.

Seterusnya, ujian keberkesanan yang paling penting adalah melibatkan manusia. Penyelidikan klinikal perlu dilakukan secara cermat, teliti dan penuh pengawasan serta pemantauan pakar. Antiviral yang diuji perlu melepasi ujian klinikal tahap 0 sehingga tahap 3 sebelum memasuki pasaran.

Gagal dalam mana-mana tahap ujian keberkesanan dan keselamatan akan mengakibatkan ketidaklulusan produk, seterusnya meranapkan segala harapan. Bererti, usaha penyelidikan yang panjang dan mencecah jutaan Dolar bagaikan sia-sia belaka. Namun keselamatan dan keberkesanan produk yang terhasil adalah matlamat tertinggi proses ini. Ini kerana, keselamatan dan nyawa manusia tidak boleh dikompromi.

Memahami proses penghasilan ubatan yang memerlukan penyelidikan menyeluruh diharap dapat menjadi panduan kepada kita dalam memilih produk rawatan. Dapatkan maklumat pakar bertauliah bagi memastikan produk yang kita gunakan atau berikan kepada insan yang tersayang adalah bebas daripada racun (toxic), selain berkesan. Mendapatkan rawatan yang betul adalah bentuk usaha yang benar, seterusnya kita bertawakal kepada Allah. Hanya Allah yang berkuasa memberi kesembuhan.

DR. HANI’AH ABDULLAH
Anti-infective Virologist
Alderley Park, United Kingdom

Rujukan utama;
http://www.bbc.com/news/amp/world-australia-51289897

Shtyrya YA et al., 2009, Acta Naturae Butt AA et al., 2009, Hepatology

Jabatan MusMedik (Muslimat Medical Team)
Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 13/2/2020

Sumber: https://harakahdaily.net/index.php/2020/02/13/antiviral-harapan-setinggi-gunung/

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

HARI KEBAJIKAN NEGERI KELANTAN 2020 BAKAL JULANG KELANTAN KE MERCU GLOBAL

oleh Norzana Razaly Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan ulama dan teknokrat sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat apatah lagi golongan penerima kebajikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU), armalah, anak yatim, orang miskin dan lain-lain berteraskan falsafah persamaan taraf dan hak kepenggunaan. Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan […]

Subscribe US Now