ANUGERAH DAPUR HIJAU KELANTAN BAKAL DIUMUMKAN ESOK

webmaster

oleh Norzana Razaly

Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar istiqamah menganjurkan program Dapur Hijau sejak tahun 2015 hingga sekarang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa portfolio berkenaan, YB Hj. Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, konsep pertanian bandar (urban farming) atau Dapur Hijau adalah aktiviti berkebun bukan berasaskan keuntungan untuk memberi nilai tambah kepada penjanaan ekonomi masyarakat.

“Konsep sebegini telah lama diamalkan di negara maju dan semakin diterima di Malaysia, khususnya Kelantan”, katanya.

Tambahnya lagi, bagi mengurangkan perbelanjaan bulanan berikutan peningkatan kos sara hidup yang memfokuskan kepada golongan wanita dan ibu tunggal berpendapatan rendah.

“Aktiviti bermanfaat ini berjaya mengurangkan perbelanjaan dapur dengan menggunakan hasil tanaman mereka sendiri untuk kegunaan harian seisi rumah”, ujarnya.

Oleh yang demikian, bagi tahun 2020, satu program pelancaran peringkat negeri dan penganugerahan kepada para pemenang, peserta dan ahli pemantau bagi tahun 2019 akan diadakan sebagai ketandaan rasmi dan permulaan program ini bagi tahun 2020 pada 12 Mac 2020 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan.

Orang ramai dipersilakan hadir menyaksikan majlis perasmian bermula pukul 10.30 pagi dan mengikuti pengisian pelbagai acara menarik khasnya penganugerahan kepada para pemenang program Dapur Hijau bagi Tahun 2019 dan Pelancaran program Dapur Hijau bagi Tahun 2020 serta mengunjungi reruai pameran dan jualan hasil tani agensi.- UPKN KELANTAN 11/3/2020

Sumber: https://www.facebook.com/upknkelantan/posts/2622499964651021

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

PROFESIONAL MAPAN BAKAL GEGARKAN KOLOKIUM PEMBANGUNAN MAMPAN KELANTAN

oleh Norzana Razaly Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau & Alam Sekitar Negeri Kelantan akan menganjurkan Kolokium Pembangunan Mampan Negeri Kelantan pada Isnin, 16 Mac 2020, jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang di Kota Bharu Trade Centre , Kota Bharu Kelantan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa […]

Subscribe US Now