Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2018

webmaster

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua,

ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN 2018

Sukacita dimaklumkan Kerajaan Negeri Kelantan akan seperti tahun-tahun yang lalu akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM, STAM dan STPM 2018. Majlis ini akan diadakan pada 25 Ramadan 1440 bersamaan 30 Mei 2019 (Khamis) bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa.

Sehubungan itu, semua pelajar negeri Kelantan yang layak dan memperolehi 9A SPM 2018/Mumtaz STAM 2018/4 Prinsipal A STPM 2018, boleh muat turun borang Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan di portal rasmi Yayasan Islam Kelantan di http://www.yik.edu.my

Permohonan yang lengkap hendaklah di hantar sebelum atau pada 20 Mei 2019 (Isnin) jam 12.30 tengah hari.

Pihak kami memohon kerjasama semua untuk menghebahkan perkara ini kepada pelajar-pelajar yang layak di seluruh negeri Kelantan (rujuk syarat permohonan).

Sebarang pertanyaan lanjut boleh panjangkan ke Bahagian Pendaftaran – Unit Peperiksaan di talian 097126315 (samb 319).- FB  MOHAMED FADZLI HASSAN 14/5/2019

Sumber: https://www.facebook.com/mohamedfadzli.hassan/posts/2443569322341095

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kuota Matrikulasi: Dr Maszlee diharap tak gentar

KUALA LUMPUR: Objektif asal program Matrikulasi adalah untuk membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan pra-universiti berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang. Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, program Matrikulasi memang diperkenal khusus untuk pelajar Bumiputera ekoran masalah ketidakseimbangan kaum di […]

Subscribe US Now