APA ITU INFLUENZA?

webmaster

Influenza (flu) adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza A, B dan C. Virus influenza A adalah paling berbahaya.
Virus influenza tersebar melalui titisan cecair (mulut dan hidung) ketika bercakap, bersin atau batuk dan masuk ke saluran pernafasan.

Tanda-tandanya ialah demam panas, batuk, muntah, cirit birit, sakit kepala, sakit tekak dan sukar bernafas. Influenza tidak sama dengan demam selesema kerana tanda-tandanya lebih teruk yang boleh mengancam nyawa.

Golongan berisiko tinggi ialah kanak-kanak (<5tahun), wanita hamil, warga tua (>65 tahun), pesakit kronik (cth : Kencing Manis, darah tinggi, buah pinggang)

Elakkan jangkitan influenza dengan cara :

• Menutup mulut dan hidung dengan tisu/ sapu tangan ketika bersin
• Basuh tangan dengan sabun selepas batuk dan bersin atau selepas menyentuh permukaan tercemar.
• Hindari tempat awam dan jauhi tempat tertutup dan sesak
• Pakai penutup mulut dan hidung (mask) untuk mengelakkan jangkitan influenza.
• Pastikan anak-anak mendapat suntikan vaksin influenza.
Jika mendapat jangkitan kita perlu:
• Mengambil ubat demam (untuk melegakan demam dan sakit kepala)
• Minum air/minuman suam bagi melegakan sakit tekak dan batuk
• Tidur/rehat secukupnya
• Hindarkan stres
• Jaga kebersihan makanan dan persekitaran.
•Tingkatkam imuniti badan melalui pemakanan sihat dan pengambilan vitamin.
• Jika berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

#KELANTANKUBERSIH
#KELANTANSIHAT

kredit poster : Kementerian Kesihatan Malaysia

Sumber: https://www.facebook.com/dr.izani/posts/1443613865802501

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

AGAMA HANYA HAK PERIBADI PANDANGAN SALAH

oleh Muhammad Arif Ismail KOTA BHARU: Pandangan yang mengatakan urusan peribadi merupakan hak masing-masing yang tidak diurus kerajaan merupakan pandangan salah. Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, pandangan seperti itu tidak bersumber kepada ajaran Islam. “Ini adalah sebahagian fahaman liberalisma, urusan agama diuruskan oleh individu dan pemerintah […]

Subscribe US Now