Apa mekanisma martabat maahad tahfiz?

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan meminta penjelasan berhubung bentuk mekanisma majlis tahfiz yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi memartabatkan institusi maahad tahfiz.

Menurutnya, langkah kerajaan menubuhkan majlis tahfiz diharapkan tidak menyulitkan usaha pembentukan maahad tahfiz oleh setengah yang mungkin tidak mempunyai syarat lengkap yang telah ditetapkan.

“Ini kerana ia (pembentukan maahad tahfiz) ini amat penting kepada negara bagi mengurangkan kadar jenayah dalam kalangan remaja,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada sesi pertanyaan jawapan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau yang menyokong dan menyambut baik usaha kerajaan merangka pelbagai kaedah dan cara untuk memartabatkan institusi sekolah maahad tahfiz.

Namun begitu, beliau berasa tidak adil apabila wujudnya satu persepsi buruk terhadap institusi maahad tahfiz.

“Seolah-olah maahad tahfiz ini tidak selamat, terbakar…saya minta maaf YB Lembah Pantai, maahad tahfiz gangguan seksual, seolah-olah inilah yang berlaku di maahad tahfiz.

“Sedangkan kita tahu bahawa maahad tahfiz ini telah melahirkan individu yang berjiwa besar dan beriman serta akhirnya mereka bukan semua menjadi hafiz tetapi mereka menjadi orang profesional. Ada pilot hafiz, ‘lawyer’ hafiz dan doktar hafiz, ramailah.

“Jadi saya ingin mendapatkan pandangan, bagaimana bentuk mekanisma majlis tahfiz yang akan ditubuhkan?” soalnya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS turut mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap maahad tahfiz tidak berdaftar yang masih lagi banyak di negara ini.

Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fauziah Salleh berkata diperingkat kerajaan mengangkat dasar pendidikan tahfiz negara yang telah diluluskan oleh Majlis Raja-raja ke peringkat lebih tinggi.

Tambahnya, berhubung maahad tahfiz yang tidak berdaftar, kerajaan bercadang untuk membantu mendaftarkan maahad tahfiz tersebut.

“Kita menekankan kepada pendaftaran itu supaya senang pihak kerajaan untuk mengawal selia dari sudut kurikulum, kebajikan guru, keselamat murid dan sebagainya,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/12/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8998-apa-mekanisma-martabat-maahad-tahfiz

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tiada bantahan batal warta tanah kubur

KOTA BHARU– Tiada bantahan dibuat ketika pihak berkuasa negeri meminta individu atau waris yang berhajat untuk membantah pembatalan warta tanah Makam Langgar Lama, Jalan Gajah Mati dekat sini. Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, pada 1 Februari 2006 pihaknya menerima permohonan […]

Subscribe US Now