Apa niat bangkit isu parti kepada umum?

webmaster

KUALA LUMPUR : PAS mempersoalkan niat sesetengah pihak dalam parti itu yang membangkitkan isu berkaitan parti bukan melalui saluran sepatutnya.
Setiausaha Agungnya, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya perkara yang dibangkitkan itu membawa kebaikan kepada parti, sepatutnya pihak tersebut mengemukakan fakta sah untuk diangkat kepada parti.

“Saya ingin tanya apa niat mereka bangkitkan isu berkaitan parti kepada media dan (melalui) surat terbuka?

“Jangan kita buat kenyataan dan dakwaan terhadap parti hanya kerana kita mendengar kenyataan daripada orang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian,

“]Katanya, tindakan itu tidak matang kerana ia hanya memberi kesan negatif kepada parti.

“Saya ingin menasihati pemimpin, bekas pemimpin dan ahli parti, jika ada apa-apa masalah guna saluran parti.

“Kami di Pejabat Agung PAS sentiasa terbuka menerima aduan sekiranya wujud masalah dalaman parti seperti penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Kita akan siasat dan ambil tindakan jika benar berlaku,” katanya.

Mengenai tindakan yang mungkin dikenakan terhadap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kerana kelantangannya mengkritik parti, Takiyuddin berkata pihaknya masih belum menerima aduan rasmi daripada mana-mana pihak berkenaan tindakan Husam itu.

“Hanya aduan tidak rasmi kita terima seperti Whatsapp dan sistem pesanan ringkas (SMS).

Katanya, pihaknya lebih suka mengambil pendekatan menasihati dan menegur daripada tindakan (lebih tegas).

“Tetapi kalau keterlaluan, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap parti,” katanya.

[Sinar Harian 10 November 2015]

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MB, TMB, EXCO Kelantan Potong 20%

“Di sini patut ambo royak (saya nak maklumkan), waktu Tok Guru (Nik Aziz), dia ada royak (maklumkan) sekali, Dia royak (beritahu), “Wakil-wakil rakyat ambo (era TGNA) ni, ambo potong 20%, 20% elaun dia”. Kalau (RM elaun YB) 4800.00, boleh berapa sen (pada Adun, RM3480.00 sahaja)? Hari ni pun ambo (saya, […]

Subscribe US Now