APA STATUS KAJIAN DAFTAR PENGUNDI AUTOMATIK

Oleh: Muhamed Noraziha Abdullah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan meminta kerajaan menyatakan status kajian Jawatankuasa Pembaikan

Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya Malaysia (ERC) terhadap cadangan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Beliau bangkit menyatakan perkara tersebut ketika sesi partanyaan jawab lisan dalam Dewan Rakyat hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta penjelasan tentang halangan terbesar terhadap pelaksanaan cadangan tersebut.

Menjawab pertanyaan tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin berkata, sekiranya cadangan pendaftaran pengundi secara automatik dipersetujui untuk dilaksanakan ia bukan sahaja melibatkan pindaan perlembagaan Persekutuan sahaja.

Katanya, ia juga melibatkan pindaan kepada peraturan yang berkaitan pilihan raya seperti penyediaan sistem pendaftaran secara automatik.

Sementara itu, Takiyuddin dalam soalan tambahannya meminta kerajaan terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung langkah dalam mendidik masyarakat tentang kesedaran dan kewajipan mengundi.

“Ia untuk memastikan pindaan ini tidak menaikkan kadar penurunan keluar mengundi seperti mana yang berlaku dalam pilihan raya kecil sebelum ini yang kurang daripada 50 peratus,” katanya yang juga Setiauaha Agung PAS.

Menurut Hanipa, langkah pendidikan dan kesedaran kepada masyarakat masih berterusan dilakukan oleh pihak SPR sampai sekarang. – HARAKAHDAILY 10/7/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/11867-apa-status-kajian-daftar-pengundi-automatik

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Add Comment