Apa tindakan isu air dengan Singapura

webmaster

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff mempersoalkan apakah tindakan tegas kerajaan dalam menangani isu bekalan air di antara Malaysia dan Singapura.

Beliau membangkitkan soalan tersebut ketika mencelah waktu pertanyaan menteri.

“Sekiranya Singapura terus berkeras untuk tidak berunding semula dalam isu bekalan air, apakah tindakan tegas kita sebagai negara sumber yang memberikan air kepada mereka?

“Apakah tindakan yang seharusnya diambil oleh kerajaan dalam menangani isu tersebut?” soal beliau di Dewan Rakyat, hari ini..

Beliau turut mempersoalkan apakah tindakan tegas yang boleh diambil dalam keadaan kerajaan memberikan wang subsidi berjuta ringgit kepada Singapura dimana dalam keadaan rakyat sangat memerlukan wang.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Luar Negeri, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata, pihak kerajaan berusaha dengan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Kerajaan Johor untuk memastikan terutamanya rakyat Johor mempunyai bekalan air yang sendiri.

“Jadi kita mengusahakan ‘zero dependency water‘ daripada Singapura.

“Jika tidak mahu berunding maka kita harus bawa ke muka pengadilan dan sekiranya kita sampai ke tahap itu saya harap agar semua dapat memberikan sokongan yang penuh,” tambah beliau.

Sebelum itu Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah terma rujukan untuk perbincangan perjanjian bekalan air di antara Malaysia dan Singapura sebagai garis panduan perbincangan nanti. – HARAKAHDAILY 12/3/2019

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/10143-apa-tindakan-isu-air-dengan-singapura

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

STPM 2018: Kelantan terus cemerlang

KOTA BHARU – Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) Negeri bagi Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 Kelantan meningkat kepada 0.05 mata. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Abdullah Mat berkata, keputusan tersebut amat membanggakan dan cemerlang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya dalam semua aspek. “Dua sekolah pula mendapat lompatan saujana […]

Subscribe US Now