Apa tindakan kerajaan atasi makanan palsu?

webmaster

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambi tindakan drastik terhadap isu jualan telur dan beras palsu yang meluas bukan sahaja palsu dari segi pembuatan malah membahayakan kesihatan, tegas Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Katanya, ini kerana ia mengandungi bahan kimia yang dijual di pasaraya dan pasaran dalam negara.

Beliau mempersoalkan apakah tindakan drastik yang telah dibuat oleh kerajaan untuk menangani isu pembuatan makanan palsu.

Katanya, ini kerana ia merupakan isu besar yang menyentuh keselamatan untuk makanan rakyat.

Menurut beliau, apakah kerajaan akan menyediakan satu pasukan khas selain pasukan pemantau yang sedia ada untuk memastikan semua jenis barangan bukan barangan palsu yang ternyata membahayakan kesihatan.

Beliau membangkit perkara itu dalam sesi soalan tambahan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya menyatakan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil bagi penjualan makanan palsu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, soalan tersebut lebih baik diajukan kepada Menteri Kesihatan kerana hal tersebut bukan dibawah bidang kuasa pihak Menteri.- HARAKAHDAILY 12/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8678-apa-tindakan-kerajaan-atasi-makanan-palsu

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Perjudian agresif kurang pemantauan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyudin Hassan mempertikaikan pusat perjudian yang asalnya dikategorikan sebagai haram dan telah diberikan lesen untuk beroperasi namun masih berlaku kegiatan yang haram dari sudut undang-undang. Katanya, pusat perjudian tersebut juga mendapat keuntungan sehingga RM13 juta sebulan. Menurut beliau, perkara itu berlaku mungkin disebabkan  […]

Subscribe US Now