Apartmen sebelah masjid dicadang untuk Muslim

KOTA BHARU: Apartmen yang akan dibina di Jalan Telipot dekat sini berhampiran Masjid Telipot dibangunkan Jalur Saujana Sdn Bhd membabitkan kos RM145 juta.

Majlis perjanjian pembinaan apartmen 24 tingkat itu membabitkan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dengan syarikat berkenaan.

PKINK diwakili Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, manakala Pengarah Eksekutif Johan Zainal dan Ir Edward Khoo mewakili Jalur Saujana.

“Apartmen tersebut dibina sebelah masjid, jadi Menteri Besar cadang ditawarkan kepada penduduk Islam sahaja.

“Kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan termasuk isu suara azan melalui corong pembesar suara,” ujarnya.

Johan berkata sebanyak 468 unit akan ditawarkan kepada pembeli orang Islam sahaja melalui beberapa kategori termasuk penginapan.

Sebelum ini tapak apartmen itu digunakan Tadika Tengku Anis namun berpindah ke tempat lain sejak beberapa tahun lalu.

Ada juga kalangan penduduk sebelum ini membantah pembinaan apartmen tersebut dengan alasan bersebelahan masjid. –HARAKAHDAILY 20/1/2016

(Visited 17 times, 1 visits today)

Add Comment