Aplikasi KelantanPay tingkat hasil negeri

webmaster

KOTA BHARU: Aplikasi KelantanPay yang bakal dibangunkan kelak mampu melonjakkan lagi kadar kutipan hasil kerajaan negeri selain memudahkan transaksi agensi serta jabatan kerajaan.

Pengurus Besar Kelantan Utilitie Mubaarakan Sdn Bhd, Mahadi Mokhtar berkata, pembangunan sistem itu bagi menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian.

Katanya, ia dijangka akan meningkatkan lagi kadar kutipan hasil kerajaan negeri.

“Dan paling penting dapat memberi kemudahan urusan transaksi kepada semua agensi serta jabatan kerajaan negeri.

“Bagi menjayakan usaha ini, kita bekerjasama dengan Kelantan ICT Gateway anak syarikat PKINK, Kelantan Utiliti Mubaarakan dan Zen Trillion Sdn Bhd,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian usahasama antara ketiga-tiga agensi itu di Kota Darulnaim di sini semalam.

MoU itu disaksikan Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Mahadi juga berharap jabatan, agensi serta syarikat milik kerajaan negeri, Pejabat Tanah dan Jajahan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi sokongan sistem tersebut. – HARAKAHDAILY 14/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8709-aplikasi-kelantanpay-tingkat-hasil-negeri

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Tengkujuh: Sejauh mana persiapan di Kelantan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai tahap kesiapsiagaan dan persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh khususnya di negeri Kelantan. Beliau membangkitkan perkara itu semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr […]

Subscribe US Now