Arab Saudi biayai 25 pelajar Kelantan ke UIM

KOTA BHARU – Kerajaan Arab Saudi bakal membiayai 25 pelajar Kelantan setiap tahun bagi menyambung pelajaran di Universiti Islam Madinah (UIM).

Reaktor UIM, Dr Hateem Hasan AlMarzuki berkata, bidang pengajian di universiti itu tidak terhad kepada agama, malah merangkumi sains dan teknologi.

“Pelajar yang terpilih berpeluang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang termasuk pengajian Islam, Bahasa Arab, Sains Gunaan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi,

“Kita menyediakan fasiliti dan kemudahan pembelajaran terbaik untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani kerjasama akademik antara kerajaan negeri Kelantan dengan UIM di sebuah hotel di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang terpilih mendapat pelbagai keistimewaan  dengan kos keseluruhan berjumlah RM100 000 setiap pelajar.

Beliau berkata, setakat ini sejak 1961, lebih 600 pelajar dari Malaysia bergraduan dan ketika ini seramai 250 pelajar masih mengikuti pengajian.

Dalam pada itu, Ahmad melahirkan kesyukuran dengan persetujuan UIM menambah bilangan pelajar dari 10 kepada 25 orang.

Menurutnya, keputusan itu adalah hasil usaha dan inisiatif Pemangku Raja, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang membuat permohonan bagi  mengadakan kerjasama dengan Kolej Islam Antarabangsa  Sultan Ismail Petra (Kias) termasuk menerima pelajar dari Kelantan.- SINAR HARIAN 15/5/2017

(Visited 4 times, 2 visits today)

Add Comment