ASSABIQUN IKRAR DUKUNG TAAWUN SIYASI

webmaster

OLEH ASLANI M | FOTO ABU KHALIFAH

KOTA BHARU: Ribuan kalangan Assabiqun melafazkan ikrar bagi mendukung taawun siyasi yang dipelopori PAS dan Umno demi menyatukan orang Melayu dan Islam.

Lafaz ikrar itu diketuai Pengerusi Assabiqun Tanah Merah, Mejar (B) Ramli Zakaria di hadapan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Dato Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Hadir sama Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Agung, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Assabiqun Pusat, Subky Latif.

Ramli juga berkata Assabiqun tetap akan terus istiqamah bersama perjuangan PAS bagi melahir Malaysia yang sejahtera.

Subky pula berkata, program Hari Assabiqun bermula di Kelantan tahun ini, dan akan diadakan di negeri-negeri lain pada tahun hadapan.

“Malah saya sudah berbincang dengan Setiausaha Agung PAS bagi membolehkan diadakan konvensyen menjelang muktamar berlangsung.

“Melalui konvensyen itu kita boleh mendengar pandangan jasawan yang sudah lama bergelumang dengan parti,” katanya.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar berkata, golongan Assabiqun tetap terus istiqamah bersama PAS biarpun sudah lama berjuang.

Menurutnya, peranan Assabiqun begitu besar bagi menggerakkan PAS pada peringkat awal dengan menempuh pelbagai halangan dan rintangan.

Sempena program itu wakil wakil Assabiqun termasuk dari Sabah dan Sarawak menerima plak disampaikan Timbalan Mursyidul Am.

Turut hadir Veteran Umno Kelantan dan Dewan Himpunan Pendukung PAS. Orang ramai yang hadir turut menikmati gulai kawah pada jamuan rakyat. – HARAKAHDAILY 5/10/2019

Sumber: http://www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/13490-assabiqun-ikrar-dukung-taawun-siyasi

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

MANSUH RUU ANTIBERITA TIDAK BENAR LANGKAH KE BELAKANG

OLEH MUHAMED NORAZIHA ABDULLAH KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan tindakan kerajaan untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar adalah satu langkah ke belakang. Katanya, negara luar bergerak ke hadapan dalam menggubal undang-undang bagi memastikan berita tidak benar dan fitnah tidak tersebar luas dalam masyarakat. “Memansuhkan […]

Subscribe US Now