Ayam kampung positif H5N1, 170 dilupus

editor4

KOTA BHARU – Kerajaan negeri mengesahkan kes selesema burung (H5N1) positif apabila tiga ayam kampung mati dan diambil sampel yang berlaku di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini, pada 6 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, bagaimanapun beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak panik, seterusnya meminta penternak memberi kerjasama kepada kakitangan JPV yang memantau kes.

“Pihak kami berpuas hati dengan tindakan JPV Negeri yang bertindak segera dan sudah membuat pelupusan terhadap 170 unggas termasuk ayam kampung, ayam api, angsa, itik, burung, ayam komersil dan 100 telur di kampung berkenaan.

“Kerajaan negeri juga turut menubuhkan Jawatankuasa  Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan bagi menangani kes ini termasuk melaksanakan kerja membasmi dan mengawal lokasi yang terlibat secara langsung dengan kematian ayam terbabit,” katanya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Veterinar Negeri, Nurul Huda Zairi.

Che Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa  Bertindak Kawalan Penyakit Haiwan Kelantan, mengulas mengenai laporan Sinar Harian Isnin lalu berhubung kes JPV Kelantan yang memantau status kesihatan semua ternakan unggas setelah ada aduan membabitkan kematian ayam baru-baru ini.

Beliau berkata, berikutan kes berkenaan juga, enam kakitangan Jabatan Makmal Veterinar yang terdedah secara langsung dengan penyiasatan bangkai ayam turut dikuarantin dalam tempoh 24 jam dan kini mereka sudah dibebaskan.

“Keenam-enam mereka yang mengendalikan kes dari Makmal Jabatan Veterinar Negeri dikuarantin di Hospital Tumpat dan punca jangkitan masih lagi dalam siasatan.

“Jawatankuasa Bertindak Penyakit Haiwan Negeri dikuatkuasakan serta-merta dan pemantauan diteruskan.

“Kami mengharapkan kerjasama daripada penternak, malah bagi melaksanakan kawalan ini, Jabatan Kesihatan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) turut membantu,” katanya.

-sinar harian

Silakan share jika bermanfaat....Share on Facebook
Facebook
0Tweet about this on Twitter
Twitter
Print this page
Print

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Kelantan bina pasar, peruntukan persekutuan tidak sampai

KERAJAAN Kelantan mengambil inisitif sendiri dengan membina sebuah pasar di Binjai, Kota Bharu dekat sini selepas peruntukan daripada kerajaan persekutuan tidak sampai. Exco Kerajaan Tempatan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM4.5 juta bagi membina struktur dua tingkat itu. Menurutnya, langkah tersebut bagi […]

Subscribe US Now